Saturday 3 June 2017

ABC

ABCD

ALAMAT DAN NO TELEFON SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATARAN MUDA
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.
NO TEL: 04-4627473

EMEL: skdataranmuda.ppdkmy@gmail.com            







SEJARAH SK DATARAN MUDA

Sekolah Rendah Kebangsaan  Dataran  Muda  telah ditubuhkan pada tahun 1950, bermula dengan sebuah bangunan yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan rumbia kerana ketiadaan peruntukan wang. Bangunan tersebut dibina dalam kawasan ladang getah oleh pihak ladang Lubuk Kawah khusus untuk anak-anak pekerja ladang getah Lubuk Kawah. Nama asal sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah . Setelah pihak Kementerian Pelajaran mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut, pihak pentadbiran sekolah telah menukar nama Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah kepada Sekolah Kebangsaan  Dataran Muda. Pemilihan  nama baru sekolah tersebut bertujuan memotivasikan semua warga sekolah  agar sentiasa muda dan ceria sepanjang berbakti di sekolah tersebut.
Keluasan asal sekolah ini ialah 30 kaki x 17 kaki sahaja dengan dikelilingi pokok getah. Pada awal penubuhan sekolah ini , hanya terdapat seorang guru  iaitu  Encik Rejab bin Othman, dua buah kelas iaitu darjah 1 dan 2  dengan jumlah murid seramai  42 orang. Peralatan sekolah terdiri dari 20 buah meja dan kerusi murid, sebuah meja dan kerusi guru dan sebuah almari untuk menyimpan  buku dan keperluan  guru dan murid.  Pada tahun 1952, sebuah bangunan baru  dibina  untuk empat bilik darjah yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan  daun rumbia.. Bagaimana dengan adanya pertambahan murid dan pertukaran corak pemerintahan negara, dalam tahun 1969, sebuah bangunan baru  dibina di atas tapak baru yang lebih luas lengkap dengan padang permainan. Bangunan  baru ini diperbuat dari batu dan separuh papan  serta  berbumbung asbestos. Ianya lebih kukuh dan selesa. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1993, sekolah ini mula mendapat bekalan  air  paip, bekalan elektrik  dan tandas  pam. Sebelum   ini, warga sekolah ini  menggunakan air perigi, tandas curah dan bekalan elektrik dari ladang getah. Pada tahun  2004 pihak sekolah telah menerima sebuah makmal komputer untuk  memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran murud-murid sekolah ini. Sehingga kini , terdapat seramai 18 orang guru dan 240 orang murid termasuk 25 orang murid prasekolah.
Pada tahun 2017 seramai 17 orang guru 3 orang kakitangan serta 7 orang staf kbersihan dan keselamatan bertugas di SKDM yang terdiri daripada 188 murid.